Foto: Airtangan tunku azizah/ ameeraasyaa

Permaisuri Agong Titip Doa Buat Puteri Jihan Sempena Hari Keputeraannya

Edayu

Sempena hari keputeraan puteri bongsu Yang Dipertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah, ramai yang memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan Puteri Jihan.

Tidak lepaskan peluang, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut mengucapkan Hari Lahir kepada anakandanya. Bukan itu sahaja, baginda juga titip doa buat puterinya untuk sentiasa kekal cantik dan menjadi anak yang sentiasa memberi sokongan untuknya.

“Happy 18th birthday to my baby Jihan …”

Semoga Allah SWT tetapkan iman, murahkan rezeki, kurniakan taufik dan hidayah, tunjukkan ke jalan yang benar, diberi kesihatan dan kebahagiaan, sentiasa di rahmati Allah SWT.. ditemukan dengan jodoh yang terbaik. But most of all sayang, remain the beautiful sweet person you are, that loving daughter always by my side giving me support … Anak mama yang solehah! Amin dan insyaAllah.

Selain itu, saudara kerabatnya juga mengirimkan ucapan serta menyelitkan memori semasa mereka kecil. Untuk pengetahuan anda, mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dan jarak umur hanyalah setahun sahaja.

“I love you to the moon,around the universe,through the millions of galaxies and back. Thank you for sharing your life with me.”

Menerusi perkongsian daripada Instagram Ameera Asyaa bersedih kerana tidak dapat menyambut hari bahagia bersama-sama tetapi kesihatan lebih penting. Keselamatan perlu diutamakan.

Sumber: Airtangan_tunkuazizah, Ameeraasyaa