Kali pertama dalam sejarah, perlawanan bola sepak liga Jerman, Bundesliga dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pemain Muslim berbuka puasa.
Demikianlah seperti yang berlaku ketika perlawanan Ausgburg menentang Mainz 05 yang baru saja berlangsung baru-baru ini semasa bulan Ramadan.
Dalam perlawanan tersebut, antara pemain Muslim yang beraksi adalah Moussa Niakhaté dari Ausgburg. Menariknya, beliau sanggup bermain walaupun sedang berpuasa ketika itu.
Pada minit ke-65, matahari pun terbenam, sekaligus masuknya waktu Maghrib dan menandakan waktu berbuka puasa telah bermula di sana.
Justeru pengadil perlawanan, Matthias Jöllenbeck mengarahkan perlawanan dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada Moussa Niakhaté untuk berbuka puasa.
Pada ketika itu, Niakhate mengambil sedikit minuman untuk berbuka puasa sebelum berjabat tangan dengan Jöllenbeck.
Difahamkan, perlawanan dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pemain Muslim untuk berbuka puasa merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah Bundesliga setakat ini.
Video detik-detik bersejarah perlawanan Bundesliga dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada Moussa Niakhaté berbuka puasa tular di media sosial.
Imbas kembali, dalam perlawanan itu, Augsburg berjaya menewaskan Mainz 05 dalam pertembungan Bundesliga pada Rabu baru-baru ini.
Pemain Ausburg, Jeffrey Gouweleeuw berjaya mendahului perlawanan dengan gol pendahuluan pada minit ke-11 menerusi sepakan penalti.
Namun, Mainz 05 tidak menunggu lama dan bangkit menyamakan kedudukan sembilan minit selepas separuh masa kedua apabila Silvan Wilder menjaringkan gol.
Bagaimanapun, kedudukan seri itu tidak kekal lama apabila pemain Augsburg, Ruben Vargas meledak gol kedua buat pasukan berkenaan.
Serangan demi serangan saling berlaku sehinggalah keputusan tersebut kekal sehingga ke minit akhir perlawanan.
Mainz 05 akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Augsburg ketika itu.
Selain itu, lebih banyak contoh pengadil membenarkan pemain Muslim berbuka puasa di Bundesliga hujung minggu ini.
Dalam kemenangan 3-0 RB Leipzig ke atas Hoffenheim pada hari Ahad, pengadil Bastian Dankert membenarkan Mohamed Siamakan beberapa minit untuk menghidratkan semula badannya.
Difahamkan, keputusan pengadil ini juga adalah berdasarkan kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Jerman.
Lutz Michael Fröhlich, ketua pengarah komunikasi untuk Jawatankuasa Pengadil Jerman, berkata pada hari Isnin: “Tiada arahan umum dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil dan kami membenarkan rehat untuk minum seperti itu pada bulan Ramadan atas permintaan pemain.”
Sumber: Givemesport