Perkhidmatan Telekomunikasi Yoodo
Kredit: Bernama

Perkhidmatan Telekomunikasi, Yoodo Akan Diberhentikan Mulai Ogos 2024

Athirah

Perkhidmatan Telekomunikasi, Yoodo Akan Diberhentikan Mulai Ogos 2024

Syarikat telekomunikasi digital, Yoodo melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan akan menghentikan penggunaan jenama Yoodo tidak lama lagi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi, Yoodo yang merupakan perkhidmatan telekomunikasi di bawah CelcomDigi memaklumkan bahawa jenama Yoodo akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024.

Perkara ini merupakan sebahagian dengan aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi.

“Para pelanggan yang sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa,” kata pihak Yoodo.

Sementara itu, perkhidmatan mereka tidak akan menerima sebarang gangguan sehiniggalah tarikh penutupan 29 Ogos yang dikatakan.

“Sebarang butiran mengenai fasa peralihan akan dikongsikan pada 17 Jun 2024 kelak,” ujar pihak mereka lagi.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh melayari laman sesawang Yoodoo secara atas talian di pautan https://www.yoodo.com.my/important-news-en/.

BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April

BACA: Penoreh Getah Tak Sangka Jadi Jutawan, Menggeletar Satu Badan Bila Dapat Tahu

Sumber: Yoodo via Facebook