Maybank sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengalami masalah teknikal berkaitan beberapa perkhidmatan buat sementara waktu.
Menerusi laman Facebook rasmi, Maybank memaklumkan antara perkhidmatan yang tergendala ialah FPX, kad debit serta perkhidmatan lain yang berkaitan.
“Dimaklumkan bahawa penggunaan kad debit tidak tersedia buat sementara waktu dan kami sedang mengalami kelambatan yang berselisih di aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan web Maybank2u.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda,” lapor Maybank dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, ada sesetengah pelanggan Maybank mendakwa bahawa jumlah baki dalam akaun simpanan mereka ‘bertukar’ menjadi RM0.00.
Kebanyakan mereka berkongsi paparan tangkap layar (screenshot) penyata akaun bank masing-masing. Berikut di bawah adalah antara pelanggan yang mengalami masalah teknikal tersebut.
“Orang nak raya…”
“Eh Maybank, orang nak raya ni. Baki 0.00 apo orang tak shopping raya lagi duit dah hilang. Harap maklum dan jelaskan,” kata seorang pengguna Twitter, fatiha.kamaruddin.
“Pray for Maybank..”
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter turut memuat naik paparan penyata baki dalam akaunnya. Apa yang tertera hanyalah ‘Information not available’ dan jumlah baki yang terpapar RM0.00.
Seorang lagi pengguna Twitter turut meluahkan situasi semasa yang dialaminya. Jelasnya, dia tidak dapat melihat jumlah baki dalam akaun walaupun menggunakan telefon pintar jenis iPhone.
“Hai. Aplikasi Maybank jadi masalah balik. Saya sekarang gunakan iPhone 11 untuk lihat akaun. Sila rujuk di tangkap layar. Terima kasih,” luahnya.
Sumber: Maybank, Media Sosial