Perjuangan Dalam Perjuangan, Skuad Morocco “Celebrate” Kemenangan Sambil Kibar Bendera Palestin
Selepas berjaya menewaskan Sepanyol untuk mara ke suku akhir Piala Dunia, pemain pasukan kebangsaan Morocco meraikan kemenangan mereka dengan mengibarkan bendera Palestin, lapor Midle East Eye.
Rakaman video yang bertebaran di media sosial telah menunjukkan beberapa pemain Morocco mengibarkan bendera Palestin bersama dengan bendera Morocco sendiri. Pasukan itu juga dilihat memegang bendera Palestin di atas padang sewaktu sesi bergambar selepas tamat perlawanan.
Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal
Kredit Amro Ali/TwitterPenyerang Morocco, Abdul Razzaq Hamdallah membawa bendera Palestin dan mempamerkannya di dalam stadium di hadapan penyokong.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Morocco memperolehi kemenangan bersejarah ke atas Sepanyol dengan menewaskan pasukan itu dalam penentuan sepakan penalti 3-0. Sepakan penalti itu dibuat berikutan kedua-dua pasukan tidak berjaya menjaringkan gol sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
Morocco akan bertemu pasukan Portugal di suku akhir Piala Dunia pada Sabtu ini nanti. Ia adalah kali pertama bagi negara dari Timur Tengah yang akan beraksi di suku akhir Piala Dunia. Terakhir kali pasukan dari Timur Tengah yang pernah mara ke suku akhir adalah pasukan Turki pada tahun 20o2 yang lalu.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Piala Dunia tahun ini dihoskan dari bumi Arab buat pertama kali dalam sejarah. Membuka peluang keemasan kepada peminat dari kawasan itu untuk mempamerkan budaya mereka kepada dunia.
Walaupun pasukan Palestin tidak layak ke kejohanan itu, bendera negara itu telah menjadi simbol oleh negara Arab yang lain sepanjang acara itu berlangsung.
Peminat bola sepak dari Morocco, Tunisia dan Arab yang lain telah dilihat mempamerkan bendera Palestin sambil memakai selendang Palestin di atas bahu mereka.
Selain pakaian, solidariti Palestin telah dizahirkan dalam cara yang berbeza sepanjang kejohanan bola sepak itu. Ramai peminat melihat kejohanan itu sebagai peluang mereka untuk meningkatkan sokongan kepada Palestin.
Peminat yang berjalan di sekitar kawasan panas dan destinasi pelancongan Doha selepas perlawanan juga kedengaran sedang melaungkan sokongan mereka kepada Palestin.
Laungan “Bebaskan Palestin” boleh didengari daripada orang ramai yang berjalan di sekitar Souq Waqif yang bersejarah.
Sumber: Midle East Eye