Apabila bandar Wuhan bebas daripada perintah berkurung selama 76 hari yang dikenakan oleh kerajaan China yang akhirnya ditamatkan pada Rabu, ramai warga Wuhan mengambil keputusan untuk memperingati hari tersebut dengan sesuatu yang istimewa.
Hasilnya, sejumlah angka pengguna yang ramai telah membanjiri aplikasi sistem perkahwinan atas talian tempatan, yang mana hanya boleh didapati khas untuk penduduk setempat sahaja dengan menggunakan pembayaran melalui aplikasi Alipay.
Walau bagaimanapun, kebanjiran pengguna aplikasi itu hampir merosakkan aplikasi tersebut. Alipay dalam satu kenyataan yang dimuat naik menyatakan bahawa permohonan untuk berkahwin yang diterima dalam sistemnya melonjak sebanyak 300% daripada purata harian pada bulan Januari dan minggu pertama bulan April. Susulan daripada itu, permohonan terpaksa digantung pada bulan Februari dan Mac.
Menurut Alipay, sistem tersebut telah dikejutkan dengan peningkatan mendadak pengguna sehingga menyebabkan sistem menjadi lambat, namun masalah tersebut telah pun diatasi.
Sumber: abacus