
Berikutan pergolakan Ukraine-Russia, Perdana Menteri UK, Boris Johnson hari ini mengeluarkan amaran bahawa Presiden Russia, Vladmir Putin didakwa merancang mencetuskan perang terbesar di Eropah sejak 1945 lalu, lapor Daily Mail.
Jelas Johnson, pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah pun bermula dan perisikan Russia mencadangkan supaya mereka berkumpul di sempadan dan melakukan serangan dari Belarus dengan mengepung 2.8 juta rakyat Kiev.
“Perancangan yang dilihat adalah sesuatu yang boleh mencetuskan perang besar sejak tahun 1945 hanyalah dari segi skala semata-mata.
“Rakyat sudah mula perlu fikirkan kos sara hidup yang diperlukan sama ada Ukraine mahupun Russia,” katanya kepada BBC selepas Persidangan Keselamatan Munich, memetik Daily Mail.
Dalam pada itu, Johnson juga mendakwa bahawa Amerika Syarikat (AS) dan UK akan menamatkan kerjasama bersama Russia dengan menghentikan perdagangan mereka sama ada dalam pound dan juga dolar.
Sementara itu, Setiausaha Luar iaitu Liz Truss juga berpendapat bahawa serangan ke atas Ukraine hanyalah pelopor bagi Russia yang akan mengabungkan lebih banyak negara bekas Soviet.
“Kita perlu hentikan Putin kerana beliau takkan berhenti di Ukraine sahaja,” katanya pada Daily Mail, hari ini.
Menteri Eropah, James Cleverly juga memberitahu Sky News bahawa UK masih ‘berusaha keras’ untuk mengelak pencerobohan tetapi ia kelihatan seperti berkemungkinan besar dan hampir berlaku.
Perbincangan rahsia turut dilaporkan bersama sekutu Barat tentang bagaimana cara penggunaan senjata dalam menentang Ukraine jika terdapat penduduk Rusia.
Sumber: Daily Mail