Perdana Menteri Eswatini telah menjadi pemimpin dunia pertama yang meninggal dunia setelah dijangkiti wabak Covid-19.
Ambrose Dlamini, 52, terpilih untuk memimpin kerajaan Afrika selatan yang sebelumnya dikenal sebagai Swaziland pada tahun 2018.
Kematian Dlamini diumumkan di Twitter oleh pegawai kerajaan setelah beliau didapati positif pada 16 November lalu.
Dlamini yang mendedahkan sendiri perkara tersebut sebelum ini berkata, beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda Covid-19 sebaliknya merasa sihat seperti biasa.
Tetapi kurang dari dua minggu kemudian, beliau dipindahkan ke sebuah hospital di Afrika Selatan.
Beliau meninggal dunia ketika berada dalam rawatan perubatan, kata pihak berkuasa malam tadi.
Satu kenyataan media memaklumkan kepada seluruh negara mengenai berita menyediahkan mengenai kematian Dlamini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin dunia yang dijangkiti, terselamat dari virus itu termasuk Boris Johnson, Donald Trump (dan isterinya Melania), Presiden Bolivia Jeanine Anez, Perdana Menteri Brazil Jair Bolsonaro dan Ketua perunding EU, Michel Barnier.
Afrika Selatan mencatatkan hampir 8,000 jangkitan baru dan 170 kematian dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes meningkat kepada 861,000.
Sekatan yang lebih ketat telah dikuatkuasakan di daerah-daerah yang dikenalpasti sebagai ‘titik panas virus’ termasuk Western Cape, Eastern Cape, Kwazulu-Natal dan Gauteng, dengan perintah berkurung pada waktu malam dan waktu terhad untuk penjualan alkohol.
Sumber: Mirror UK