Perdana Menteri Britain
Kredit: AFP

Perdana Menteri Britain Minta Pemimpin Dunia Jalani Ujian Saringan HIV

Athirah

Perdana Menteri Britain Minta Pemimpin Dunia Jalani Ujian Saringan HIV

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dilapor menggesa pemimpin dunia lain untuk menjalani ujian saringan HIV secara terbuka di hadapan kamera, pada Isnin.

Menurut AFP, seruan itu dilakukan selepas beliau dilantik menjadi perdana menteri Britain dan pemimpin G7 pertama yang mengambil ujian berkenaan.

Pejabat Keir Starmer pada Isnin menyiarkan rakaman yang memaparkan pemimpin tersebut menjalani ujian pantas di kediamannya di Downing Street.

4,700 individu memiliki HIV tidak didagnosis

Difahamkan, ujian yang dijalani pada Jumaat lalu adalah sebagai sokongan kepada inisiatif ujian HIV peringkat kebangsaan selama seminggu.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menggangarkan bahawa kira-kira 4,700 individu di England telah menjalani kehidupan dengan HIV yang tidak didiagnosis.

Sehubungan itu, kempen ujian yang dilakukan menjadi salah satu strategi utama untuk mengesan mereka.

Keir Starmer pada Disember lalu telah berikrar bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menamatkan kes baharu HIV di England menjelang 2030, iaitu dengan satu “Pelan Tindakan HIV”.

Ianya bakal diterbitkan pada tahun ini, sekaligus memperincikan bagaimana ia akan mencapai sasaran tersebut.

Sasaran menamatkan jangkitan baharu HIV pada 2030

“Saya rasa tugas saya sekarang adalah untuk bercakap dengan perdana menteri dan pemimpin di seluruh dunia dan berkata, anda juga harus melakukannya di negara masing-masing

“Jika orang ramai mengambil ujian, mereka akan mengetahui diri sendiri dan ini lebih baik,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam AFP.

Tambah beliau, individu boleh mendapatkan rawatan dengan segera, selain membantu kerajaan mencapai sasaran bersama untuk menamatkan jangkitan baharu HIV menjelang 2030.

AFP berkata, inisiatif ujian HIV selama seminggu dianjurkan oleh Terrence Higgins Trust dan dibiayai oleh Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial telah dilaksanakan setiap tahun di England sejak 2012.

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

BACA: Dirasmikan 59 Tahun Lalu, Ini Sejarah Pembinaan Tugu Peringatan Negara

BACA: Tindakan Anggota Polis Trafik Selamatkan Anjing Jatuh Longkang Dipuji Ramai

Sumber: AFP