Menderma darah mungkin kedengaran menakutkan untuk sesetengah orang, tambahan pula bagi mereka yang takut akan jarum.
Pun begitu, setiap beg darah yang didermakan dapat membantu golongan yang memerlukan dan mungkin juga menyelamatkan nyawa orang lain.
Mungkin ramai yang masih tak tahu, menderma darah ini juga banyak kelebihannya kepada penderma. Bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa, penderma darah ini juga layak untuk mendapat pelbagai keistimewaan rawatan di hospital, institusi dan klinik kesihatan.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook rasmi berkongsi 10 keistimewaan rawatn untuk individu yang menderma darah di Pusat Darah Negara KKM (PDNKKM) dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan.
1 kali menderma
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh empat bulan, dua kali dalam tempoh 12 bulan.
2 kali (dalam tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
Gambar: iStock2 hingga 5 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua umtuk tempoh empat bulan.
6 hingga 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama satu tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh enam bulan.
11 hingga 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh satu tahun.
16 hingga 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh dua tahun.
21 hingga 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh tiga tahun.
31 hingga 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh empat tahun.
41 hingga 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama dua tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh enam tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma “Whole blood”) dan lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Untuk menggunakan keistimewaan ini, penderma hanya perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital.
Jelas KKM, kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa dan penderma akan dipindahkan ke wad lain yang sesuai jika wad yang disenaraikan penuh.
Sumber: KKM