Hari ini, kes positif COVID-19 di Malaysia sekali lagi menunjukkan pertambahan angka iaitu 19,090 kes, berbanding 17,134 kes semalam.
Kes harian yang dicatatkan sejak beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan trend peningkatan. Namun menurut Noor Hisham, 99.41 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua.
“Daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 113 kes (0.59 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 18,977 kes (99.41 peratus) kategori satu dan dua,” jelas Noor Hisham dalam hantaran di laman sosial rasmi.
Memetik hantaran sama, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 – 4,898 kes (25.66 peratus)
Kategori 2 – 14,079 kes (73.75 peratus)
Kategori 3 – 79 kes (0.41 peratus)
Kategori 4 – 28 kes (0.15 peratus)
Kategori 5 – 6 kes (0.03 peratus)
Berbanding semalam, jumlah kes di bawah kategori satu, dua dan tiga menunjukkan sedikit penurunan dari 99.5 peratus (semalam) kepada 99.41 peratus setakat tengah hari ini.
Manakala kes dalam kategori tiga dan empat menunjukkan peningkatan hari ini dengan catatan 113 kes, berbanding 86 kes semalam.
Sumber: DG Hisham