Gambar: Bernama

Peraturan Keluar Ikut Nombor Pendaftaran Kenderaan Ditangguh – Polis Terengganu

Sha Rossa

Kuala Terengganu: Penguatkuasaan sistem penggiliran berasaskan nombor pendaftaran kenderaan bagi mengehadkan jumlah kenderaan di jalan raya yang dijadual bermula esok di seluruh Terengganu, ditangguhkan.

Polis Terengganu menerusi kenyataan rasmi di Facebook mengumumkan, penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan satu kajian terperinci dilakukan.

Terdahulu hari ini, Polis Terengganu meminta orang ramai supaya menyemak angka terakhir nombor pendaftaran kenderaan masing-masing sama ada nombor ganjil atau nombor genap, sebelum keluar rumah.

Peraturan itu dijadual bermula dengan nombor ganjil pada 1 April dan disusuli nombor genap pada keesokannya serta berselang-seli untuk hari seterusnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua berkuat kuasa.

Sumber: Bernama