‘Perangai’ Rakyat Malaysia Masa “Cake Picnic” Buat Netizen Luar Terkejut
Mungkin ramai tidak tahu, wujud satu acara menarik yang cukup popular di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Nigeria, dikenali sebagai “Cake Picnic”.
Dalam acara ini, setiap peserta membawa sebiji kek untuk dikongsi bersama semua yang hadir. Kek yang dibawa pula bukan calang-calang, kebanyakannya pasti dihias cantik.
Semua kek ini akan disusun di meja panjang yang disediakan, menjadikan suasana seakan-akan buffet kek terbuka.
Malaysia first time ‘join the hype’ tahun ni
Walaupun acara ini sudah lama jadi trend di luar negara, tahun ini menandakan kali pertama Malaysia ‘join the hype’.
Menerusi video perkongsian di TikTok @vanilliciousbakingstudio, Cakenic 1.0 pertama kali diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 10 Mei lalu.
Sambutannya luar biasa sehingga kini sudah memasuki edisi Cakenic 4.0 yang dijangka berlangsung pada 11 Oktober ini.
Cake Picnic versi Malaysia buat netizen luar terkejut
Menariknya, Cake Picnic versi Malaysia ini kelihatan sangat ‘unik’ di mata netizen luar negara.
Video yang dikongsikan memaparkan suasana sopan, indah dan tersusun. Menurut mereka, ini jauh berbeza daripada kebanyakan acara serupa di luar negara.
Mana tidaknya, peserta yang hadir kelihatan kemas, anggun dan sopan, sambil menikmati suasana tenang penuh adab.
Bagi sesetengah netizen luar, pemandangan ini bagaikan menyaksikan ‘majlis teh’ dalam sebuah taman yang indah.
“They all look like princess.”
“They look so elegant even running for cake…”
“Just a bunch of barbies eating cakes. This is so cute.”
“What a bunch of beautiful Muslim women.”
“Love how Malaysian are so well-mannered.”
“As a non-Malay who grew up in Malaysia, I can confirm they have a beautiful food culture.”
Dalam pada itu, melihat ruang komen dibanjiri pujian dari pelbagai negara, netizen tempatan turut meluahkan rasa bangga dan terharu.
“Good job guys, you all dah bawa pengaruh baik untuk dunia sedar yang kita ada adab dan image yang baik as a Malaysian.”
“Korang memang banggakan Malaysia. Dekat komen semua orang luar negara komen. Terharunya aku.”
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
BACA: Video Lama Kanak-kanak 1966 Ramal Dunia Hari Ini, Jadi Sorotan
BACA: Gadis Rai Kejayaan A-Level Dengan Keluarga, Ramai Tumpang Bangga
Sumber: TikTok @vanilliciousbakingstudio