perancis iktiraf palestin
Gambar: AFP
Tiada Kategori

Perancis Akan Mengiktiraf Negara Palestin – Macron

Fazidi

Perancis Akan Mengiktiraf Negara Palestin – Macron

Perancis dilapor memutuskan untuk mengiktiraf negara Palestin dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), September ini.

Langkah berkenaan diumumkan oleh Presiden Emmanuel Macron melalui satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Menurut AFP, keputusan tersebut menyaksikan Perancis menjadi negara Eropah paling berkuasa yang mengiktiraf negara Palestin setakat ini.

Sekurang-kurangnya 142 buah negara sudah atau sedang merancang untuk mengiktiraf negara Palestin, langkah yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Beberapa negara sebelum ini telah mengumumkan rancangan untuk mengiktiraf negara Palestin susulan tindakan Israel melancarkan serangan pengeboman ke atas Gaza pada tahun 2023.

Pengumuman yang dibuat Macron itu bagaimanapun mendapat respon yang berbeza-beza termasuk tentangan keras daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Manakala jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh menyambut baik hasrat yang disuarakan oleh Perancis.

BACA: Hulk Hogan Meninggal Dunia

Sumber: AFP