Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang bakal berlaku dengan lebih kerap sepanjang tempoh peralihan monsun ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, fenomena itu dijangka berlaku antara waktu petang sehingga awal malam dan boleh mengakibatkan banjir kilat.
Tempoh peralihan monsun iaitu peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut ini kebiasaannya berlaku pada pertengahan Mac sehingga pertengahan Mei serta September hingga Oktober, tulis kenyataan itu.
Biarpun langit lazimnya cerah pada waktu pagi, kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang kerap berlaku. Fenomena ini dijangka banyak berlaku melibatkan kawasan negeri-negeri pantai barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan agar menjauhi kawasan lapang, menyentuh objek besi atau kabel elektrik, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta berwaspada dengan kehadiran kepala air. Anda juga diingatkan agar tidak berlindung atau memarkir kenderaan di bawah pokok selain menjauhi aktiviti luar serta kawasan yang mudah dinaiki air.

Sumber: MetMalaysia