
Perahu Dinaiki Karam Ketika Hendak Ke Sekolah, Tiga Pelajar Dikhuatiri Hilang
LUNDU — Tiga pelajar dikhuatiri hilang selepas perahu yang dinaiki oleh sekumpulan pelajar dilaporkan karam dalam satu kejadian di Kampung Selampit, lapor Astro Awani.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, kesemua mereka difahamkan dalam perjalanan ke sekolah ketika kejadian.
Tambah Henderi, pihaknya menerima panggilan lebih kurang jam 6.33 pagi berhubung insiden itu.
Susulan itu, sebuah jentera dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu segera ke lokasi.
“Difahamkan insiden membabitkan 10 hingga 20 pelajar, dan tiga daripadanya masih hilang. Mereka yang hilang ialah dua pelajar perempuan dan seorang lelaki,” ujarnya.
Sumber: Astro Awani
BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar