Seorang lelaki yang didakwa meragut rantai emas seorang individu lain maut apabila dirempuh kereta dinaiki mangsa di Bandar Puteri Puchong.
Suspek dikatakan menaiki motosikal sebelum mendekati seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sebelum merentap rantai dipakai mangsa.
Ketika melarikan diri, suspek dikatakan terserempak dengan mangsa yang menaiki kereta semasa menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Puteri 5/5,
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, suspek didakwa berhenti secara mengejut di tengah jalan sebelum dirempuh kenderaan mangsa yang gagal mengelak.
Akibatnya, suspek terperosok ke bawah kereta dan cedera parah. Suspek dibawa ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Rider Sepanjang Zaman