Alami gabungan perisa yang dihasilkan oleh Pepsi dan ZUS Coffee menerusi set minuman eksklusif yang semestinya memberi makna baharu kepada minuman menyegarkan di jerayawara Honor90.
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 – Pepsi dan rangkaian kopi berpacukan teknologi no.1 di Malaysia, ZUS Coffee telah bekerjasama sebagai rakan kongsi minuman rasmi bagi jerayawara HONOR 90 yang amat dinanti-nantikan yang berlangsung minggu ini di IOI City Mall.
Jerayawara ini yang bermula di One Utama minggu lepas, diteruskan lagi di IOI City Mall dari 2 hingga 6 Ogos 2023, setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Sebagai rakan kongsi minuman rasmi, jerayawara itu menampilkan kerjasama pertama di antara Pepsi x Zus Coffee di Malaysia yang meraikan gabungan perisa dan teknologi yang inovatif.
Dalam kerjasama yang julung kali dilaksanakan, minda kreatif di sebalik Pepsi dan ZUS Coffee telah bekerjasama untuk menghasilkan gabungan minuman yang istimewa; Pepsi Sour – sentuhan kreatif pada gabungan klasik Pepsi dan kopi yang menyegarkan, menjadikannya minuman pilihan yang sempurna untuk bila-bila masa sepanjang hari dan Pepsi Cloud – ciptaan yang lazat dari nostalgia klasik iaitu ‘vanilla float soda’ dengan sentuhan moden yang menggabungkan rasa hebat Pepsi dan kopi yang akan menaikkan selera dan membuatkan pengunjung terus menginginkan minuman ini.
Jerayawara ini menawarkan peluang pertama dan eksklusif buat para pengunjung untuk mencuba kedua-dua minuman sebelum pelancaran rasminya di kedai pada bulan September ini.

Bagi meraikan kerjasama unik ini, pelawat boleh turut menyertai siri aktiviti menarik, dengan peluang untuk menebus minuman baharu eksklusif di jerayawara ini. Hanya dengan menebus tiga setem pada kad setem mereka melalui aktiviti di jerayawara, atau membeli sebarang produk HONOR, setiap pengunjung layak untuk menebus minuman.
Selain minuman lazat dan Pepsi percuma, jerayawara ini turut menawarkan hiburan kepada pengunjung. Para pengunjung akan berpeluang untuk memenangi baucar ZUS Coffee melalui permainan yang menyeronokkan dan menarik, di mana peminat bertuah akan dapat berkongsi detik istimewa bersama selebriti terkenal – Janna Nick semasa sesi ramah mesra atau “Meet and Greet” dan membawa pulang barangan edisi terhad semasa “Yang Yang Special Hour”, berlangsung pada 5 dan 6 Ogos.
Pastikan anda tiba awal untuk peluang bertemu bintang kegemaran anda dan baucar Kopi ZUS anda sebelum habis!
“Acara luar biasa ini menggabungkan perisa ikonik Pepsi dan kehebatan inovatif Kopi ZUS bagi menghasilkan minuman unik yang semestinya akan memikat selera anda menerusi satu pengalaman yang tidak pernah kita alami. Kerjasama kami bersama Zus Coffee mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama yang menjangkaui batasan dalam pasaran minuman.
“Zus Coffee merupakan pilihan yang jelas sebagai rakan dalam memulakan perjalanan untuk mencipta pengalaman luar biasa melalui inovasi perisa pertama yang sememangnya diharapkan untuk menjadi sebuah pengalaman yang mengujakan buat semua rakyat Malaysia.” kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika.
Jerayawara lima hari ini bakal menggembirakan dan memikat para pengunjung dari semua peringkat umur, kerana Pepsi, ZUS Coffee dan HONOR bersatu untuk memberikan pengalaman yang tiada tandingan buat semua. Jangan lepaskan pengalaman yang menarik ini!
Catatkan kalendar anda dan sertai kami di IOI City Mall dari 2 hingga 6 Ogos, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, lawati kami di media sosial: Pepsi Malaysia, HONOR Malaysia & ZUS Coffee®
*tertakluk kepada terma dan syarat
**Sila ambil perhatian bahawa semua tawaran dan hadiah adalah tertakluk pada ketersediaan dan akan diberikan berdasarkan “first come first serve’