Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa perjuangan dalam memerangi wabak Covid-19 masih belum lagi berakhir.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa bagi mengekang penularan wabak yang telah menjangkiti seluruh dunia ini.
“Saya menasihatkan rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa.
“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita”, ujarnya.
Sumber: KKM