Pep Lijnders Dipecat Daripada Jawatan Pengurus RB Salzburg
Bekas pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, secara rasmi telah dipecat daripada jawatannya sebagai pengurus kelab RB Salzburg.
Lijnders, yang pernah berkhidmat di bawah kendalian Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp selama sembilan tahun di Liverpool, dilantik sebagai pengurus Salzburg pada Mei lalu.
Bagaimanapun, perjalanan kariernya sebagai pengurus di Salzburg tidak berjalan seperti yang dirancang.
Ini merupakan pengalaman kedua Lijnders sebagai pengurus selepas percubaan singkat bersama NEC Nijmegen di Belanda pada tahun 2018, tetapi sekali lagi ia berakhir dengan kekecewaan.
Prestasi ‘kurang memuaskan’ Salzburg di bawah kendalian Lijnders menyaksikan mereka kini berada di kedudukan kelima Bundesliga Austria.
Meskipun mereka berjaya menewaskan Austria Klagenfurt 3-0 pada perlawanan terakhir sebelum cuti musim sejuk, kemenangan itu hanyalah yang kedua dalam lapan perlawanan terakhir.
Apa yang lebih menarik perhatian, pemecatan Lijnders dibuat hanya beberapa minggu sebelum bekas majikannya, Jurgen Klopp, dijangka mengambil alih jawatan sebagai Ketua Bola Sepak Global bagi Red Bull.
Posisi baharu Klopp itu dijangka memberinya kuasa besar dalam menentukan hala tuju serta strategi pasukan di bawah jenama Red Bull, termasuk RB Salzburg.
BACA: FIFA Lakukan Kejutan Akan Umum Pemenang Anugerah Terbaik Pada Selasa
BACA: Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia
BACA: Tang Jie-Ee Wei Muncul Naib Juara Jelajah Dunia Akhir BWF
Sumber: Stadium Astro