penyokong selango acl2
Kredit: Astro Arena

Penyokong Berang Selangor Tersingkir ACL2, Ditenangkan Faisal Halim

Sofea

Penyokong Berang Selangor Tersingkir ACL2, Ditenangkan Faisal Halim

Selangor FC terpaksa menerima hakikat apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas mengalami kekalahan sebanyak empat kali berturut-turut.

Perlawanan antara kelab dari Indonesia, Persib Bandung pada malam tadi menambah luka buat semua peminat apabila tewas 2-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Gergasi Merah itu kekal berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Prestasi buruk itu membuatkan ramai peminat Selangor kecewa dan ada dalam kalangan mereka yang dilihat memasuki padang selepas perlawanan tamat kerana tidak berpuas hati dengan persembahan pemain.

Tidak kurang juga, ada yang membanjiri perkarangan pintu utama Stadium MBPJ untuk menuntut penjelasan mengenai kekalahan terbabit.

BACA: Selangor Kemarau Kemenangan Di ACL2 Selepas Tewas 2-0 Kepada Persib Bandung

Dalam pada itu, kapten dan penyerang sayap Selangor FC, Faisal Halim telah bersemuka dengan para penyokong untuk menenangkan keadaan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Astro Arena, Ultras Selangor yang hampa dilihat meminta penjelasan dan dijawab dengan tenang oleh Faisal.

Faisal hadir memberi sokongan buat skuadnya walaupun tidak bermain dalam perlawanan pada malam tadi.

Sementara itu, Selangor masih mempunyai baki dua perlawanan peringkat kumpulan, masing-masing menentang Bangkok United dan Lion City, lapor Bernama.

Sumber: Astro Arena