Cheongju sorak kogileswaran

Penyokong Cheongju FC Sorak Nama Kogileswaran

Azmil

Penyokong Cheongju FC Sorak Nama Kogileswaran

Seperti semua tahu, pemain bola sepak Malaysia, Kogileswaran Raj telah berhijrah ke kelab Cheongju FC dari PJ City. Cheongju FC sebuah kelab dari Korea Selatan yang beraksi di K-Legaue 2.

Baru-baru Kogileswaran telah membuat penampilan pertama untuk kelab itu. Beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Jungnan Chorus Mustang.

Perlawanan itu menyaksikan Cheongju menang dengan keputusan 3-0. Berdasarkan video di bawah, jelas Kogileswaran nampak selesa beraksi di atas padang.

Beliau membuat banyak hantaran dan percubaan tepat ke pintu gol. Pemain yang berusia 25 tahun itu nampak serasi bermain bersama rakan sepasukan barunya.

Dalam video berasingan, ketika Kogi keluar ke perkarangan stadium, beliau disambut oleh penyokong Cheongju FC. Ada yang meminta autograf daripadanya dan terdapat sekumpulan penyokong menyorak nama Kogi berkali-kali.

Ini menunjukkan kehadiran beliau ke kelab berpangkalan di bandar Cheongju itu dapat penerimaan yang positif daripada penyokong tempatan.

Kogileswaran sebelum ini beraksi di Liga Malaysia bersama beberapa pasukan. Ini termasuk pasukan Sri Pahang dan Petaling Jaya City.

Nama Kogi semakin meningkat naik ketika di PJ City. Beliau membuat 46 penampilan dan menjaringkan 8 gol untuk kelab tersebut sehingga bakat beliau dikesan oleh kelab dari Korea Selatan itu.

Ini permulaan yang sangat baik untuk Kogi di K-League 2. Beliau berjaya membuktikan keputusan Cheongju FC menandatangani beliau adalah keputusan yang tepat.

Kogileswaran pernah membantu pasukan bawah 16 tahun negara memenangi kejohanan AFF U-16. Kogi atau nama penuhnya Kogileswaran Raj a/l Mohana Raj berasal dari Kuala Lumpur dan lahir pada 21 September 1998.

Semoga Kogileswaran Raj terus mengharumkan nama Malaysia di sana dan sentiasa berusaha menjadi pemain terbaik di antara yang terbaik.

Penyokong Cheongju FC Sorak Nama Kogileswaran

Sumber: Fr7 Reborn, Harimau Abroad