Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyelesaian Kepada Pandemik COVID-19 Ialah Vaksinasi – KP Kesihatan

Aqmal Ezany

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa penyelesaian kepada wabak pandemik COVID-19 ini adalah vaksinasi.

Menerusi sidang media ‘Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley’ yang diadakan sebentar tadi, beliau menegaskan bahawa vaksin yang lengkap 2 dos telah terbukti dapat mengurangkan kematian dan kemasukan ke hospital.

Beliau juga turut menyatakan bahawa dengan adanya vaksin ini, kita akan dapat sesuaikan diri untuk hidup bersama dengan virus ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tampil untuk divaksinasi bagi membendung wabak ini daripada terus menular.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia