
Penyanyi Rap Korea Selatan T.O.P Antara Lapan Kru Sertai Kelilingi Bulan
Seorang usahawan dan jutawan Jepun Yusaku Maezawa dilaporkan telah memilih lapan individu untuk menyertainya mengelilingi Bulan dalam misi yang diterajui oleh kapal angkasa Starship SpaceX, lapor CNN.
Difahamkan, kesemua lapan penumpang itu termasuk penyanyi rap Korea Selatan Choi Seung Hyun yang menggunakan nama pentas T.O.P; deejay terkenal US Steve Aoki serta Youtuber terkenal angkasa lepas Tim Dodd yang lebih dikenali sebagai Everyday Astronaut.
Turut serta bersama Maezawa yang lain ialah jurugambar Ireland Rhiannon Adam, jurugambar Karim Iliya, pelakon India Dev Joshi, pembuat filem dokumentari Brendan Hall dan Czech Yemi A.D.
Dalam satu pengumuman video, Aoki berkata dia tidak boleh melepaskan peluang emas ini untuk menjejakkan kaki ke bulan.
“Jiwa saya sedang memohon untuk pergi ke bulan,” katanya dalam video itu.
Maezawa turut memilih penumpang sandaran, seperti pemain papan salji Olimpik US Kaitlyn Farrington dan penari Jepun Miyu.

Harga yang dibayar Maezawa untuk perjalanan itu tidak didedahkan dan hanya memaklumkan dia akan membawa penumpangnya secara percuma.
Pun begitu, Maezawa masih menetapkan dua kriteria utama dalam memilih rakan penumpang untuk dibawa mengelilingi bulan.
“Pemohon harus berusaha untuk menolak tawaran yang diberikan dalam bidang kerja mereka dengan pergi ke angkasa, untuk membantu orang lain dan masyarakat yang lebih besar dalam beberapa cara.
“Mereka harus bersedia untuk membantu penumpang yang lain semasa dalam perjalanan ke Bulan,” katanya di laman web memetik CNN.
Tahun lepas, Maezawa menyatakan hasratnya untuk membawa pasangan hidup dengan menyertai rancangan temu janji, namun dia membatalkan hasratnya selepas tidak yakin untuk melakukan perkara sedemikian.
Sejak misi Dear Moon pertama kali diumumkan, Maezawa melakukan perjalanan pertamanya ke angkasa lepas, mengambil masa perjalanan 12 hari yang dibiayai sendiri ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Dear Moon masih mengiklankan bahawa misinya akan berlepas pada 2023, walaupun sistem roket dan kapal angkasa SpaceX yang baru dikenali Starship, masih belum melakukan penerbangan ujian orbital pertamanya.
Sumber: CNN