Penyanyi veteran, Bob tutupoly dilaporkan meninggal dunia hari ini, Julai 2022 pada usia 82 tahun setelah sekian lama menanggung sakit.
Penggiat muzik, Stanley Tulung telah memaklumkan berita Bob Tutupoly meninggal dunia kepada detikHot sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.
“Terima kasih untuk semua yang sudah Uncle Bob berikan kepada Indonesia dalam industri seni di Indonesia. Semoga perjalanan ke negeri abadi lancar,” kata Stanley.
Memetik CNN, Bob Tutupoly merupakan salah seorang pemuzik senior dalam dunia muzik Indonesia. Lelaki kelahiran Surabaya pada 13 November 1939 itu telah berkecimpung dalam industri muzik sejak 1965 bersama Pattie Brothers.
Pemuzik yang nama sebenarnya Bobby Willem Tutupoly itu kemudiannya terkenal menerusi beberapa buah lagu yang hit antaranya Lidah Tanpa Tulang, Tiada Maaf Untukmu dan Gunung Tinggi Seribu Janji.
Sepanjan kerjayanya sebagai penyanyi, Bob juga memiliki banyak album di antaranya adalah The Best Of Bob Tutupoli, Album Nostalgia 2, Album Cinta Cinta Nostalgia 2 dan Tembang Kenangan Pop Indonesia.
Di atas kerjayany sebagai penyanyi dan juga pemuzik, Bob Tutupoly telah dianugerahkan AMI Legend pada tahun 2015.
BACA: Jurutera Temui Cara Baru, Hasilkan Tepung Untuk Dimakan Dari Ulat Mopane
BACA: Lelaki Disyaki Bunuh Isteri, Bayi Direman Seminggu
Sumber: CNN