Penyanyi Lagu Manusia Miskin Kaya, Nona Asiah Meninggal Dunia
Penyanyi legenda yang mencipta nama di era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah dilapor meninggal dunia pada usia 94 tahun, pada Selasa.
Menurut Astro Awani, Allahyarhamah menghembuskan nafas akibat pelbagai komplikasi, di Hospital Besar Changi, Singapura kira-kira jam 4.25 pagi.
Berita pemergian arwah turut disahkan oleh anaknya, Indra Shahrir Ismail yang juga merupakan seorang pengarah muzik.
Manakala jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada 31 Julai.
Merakam dua lagu pertama sebagai pembuka tirai kerjaya
Sebelum ini, pemilik kepada nama sebenar Asiah Aman itu sangat terkenal sebagai penyanyi latar bagi lagu-lagu filem terbitan Malay Film Production dan Cathay Keris.
Antara lagu yang pernah dirakamkan arwah semasa di zaman kegemilangannya ialah Manusia Miskin Kaya, Jikalau Abang Merindu, Dunia Asmara dan Ingin Tahu.
Beberapa lagu lain nyanyian Allahyarhamah seperti Cempaka Biru, Hasan dan Hasnah dan Gelora Chinta turut menjadi terkenal pada zaman dulu.
Menurut Astro Awani, Nona Asiah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nona pernah merakamkan dua lagu pertama ke piring hitam pada 1949.
Nama Nona Asiah diberikan oleh Tan Sri P. Ramlee
Lagu berkenaan adalah lagu Ciumku Lagi (saduran dari lagu Mexico, Besame Mucho) dan Bunga Sakura (lagu Jepun) sebagai pembuka tirai kerjaya seninya.
Difahamkan, nama Nona Asiah merupakan pemberian daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Seniman Agung tanah air itu merupakan mentor kepada Allahyarham dan juga komposer lagu kebangsaan Majulah Singapura, Zubir Said.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
BACA: Kenapa Pemanah Korea Selatan Terlalu Handal? Ini Jawapannya
BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN
BACA: Motif Penculikan Albertine Loe Didedah Selepas Siasatan Lengkap
Sumber: Astro Awani