Switzerland pada Khamis melaporkan satu penyakit atypical lembu gila dikesan, bagaimanapun memaklumkan ia tidak berbahaya kepada manusia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Veterinar dan Keselamatan Makanan Switzerland, penyakit berkenaan dikesan dalam seekor lembu berumur 13 tahun dan pihaknya telahpun membunuh serta membakar lembu berkenaan untuk tujuan pencegahan.
”Hasil analisis menunjukkan penyakit itu bukan jenis classical tetapi jenis atypical Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE),” menurut kenyataan itu.
Atypical BSE merujuk kepada ”bentuk semula jadi dan terasing, yang mana dipercayai berlaku dalam semua populasi lembu pada tahap yang sangat rendah”
”Atypical BSE tidak berbahaya kepada manusia”, kata kenyataan itu lagi.
Malah kes berkenaan yang dianggap terpencil, dipercayai tidak menjejaskan haiwan-haiwan lain yang berada di kawasan yang sama dengan lembu tersebut.
Sumber: The Local