PUTRAJAYA, 4 Nov – Penutupan institusi pendidikan dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan yang bermula 25 Okt lalu akan dilanjutkan sehingga 18 Nov ini, umum Kementerian Pendidikan (KPM).
Difahamkan, ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sembilan mukim dalam daerah tersebut seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (semalam).
“Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, kolej vokasional, institusi pendidikan guru, dan sekolah swasta.
“Penutupan ini juga melibatkan kesemua tadika yang berdaftar dengan KPM di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di rumah.
Manual P&P di rumah tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah Seremban dilampirkan bersama sebagai rujukan ibu bapa dan ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Berikut adalah senarai tersebut:-






Sumber: KPM