Apa perasaan kita agaknya jika ketika sedang nyenyak tidur, tiba-tiba kampus kita menuntut diserbu oleh Pasukan Keselamatan dari Unit Komando VAT69 PDRM? Pasti perasaan takut dan terkejut bercampur baur bukan?
Itulah yang dirasai oleh para penuntut di IKBN Naka di Kuala Nerang, Kedah awal pagi tadi. Kampus tersebut telah ‘diserbu’ oleh pasukan keselamatan elit dari PDRM berkenaan bagi latihan membanteras pengganas.
Namun ia bukanlah latihan yang ‘biasa-biasa’ kerana pasukan VAT69 ini didakwa telah melepaskan beberapa tembakan dalam usaha mereka menangkap ‘pengganas’ yang dicari.
Pengalaman itu telah dikongsikan oleh pihak IKBN Naka melalui satu kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook mereka sebentar tadi.
Sudah pasti ini akan menjadi salah satu kenangan paling istimewa dalam hidup para penuntut di sana dan akan diingati sampai bila-bila.
Sumber: FB IKBN NAKA, Pasukan Komando VAT69 PDRM