Kredit: Daily Mail UK, BBC

Penulis The Simpsons, Dan McGrath Meninggal Dunia

Athirah

Penulis The Simpsons, Dan McGrath Meninggal Dunia

Penulis siri animasi Amerika Syarikat, The Simpsons iaitu Dan McGarth dilapor meninggal dunia pada usia 61 tahun, lapor Daily Mail UK.

Berita dukacita ini dimaklumkan oleh ahli keluarga beliau, Gail McGrath Garabadian di laman Facebook.

“Kami kehilangan seorang ahli keluarga yang luar biasa. Dia (Dan McGarth) seorang lelaki istimewa, tiada tandingannya, serta seorang anak, abang, bapa saudara dan sahabat yang hebat. Kami sangat sedih,” ujar Gail McGrath Garabadian.

McGarth yang pernah memenangi Anugerah Emmy dan bekerja untuk Saturday Night Live, King of the Hill, dan Gravity Falls menghembuskan nafas terakhir akibat strok pada 14 November lalu.

McGrath memulakan kerjayanya di Saturday Night Live (SNL) pada 1991, di mana beliau kerap bekerjasama dengan Adam Sandler, sebelum memenangi Anugerah Emmy pada 1997 bagi penulisan episod The Simpsons bertajuk Homer’s Phobia.

Daily Mail UK melaporkan beliau turut meninggalkan isteri, ibunya, adik-beradik serta anak saudara lelaki dan anak saudara perempuan.

BACA: Usia Bukan Penghalang Dua Warga Emas Genggam PhD
BACA: Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Sumber: Daily Mail UK