PUTRAJAYA, 13 Okt – Sesi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tahun ini ditangguhkan.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, penangguhan tersebut dikuatkuasakan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Dalam masa sama, ia juga selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan dua wilayah tersebut serta larangan rentas daerah yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Surat siaran penangguhan tersebut boleh dimuat turun daripada pautan INI.

Sumber: KPM