pentaksiran alternatif sekolah menengah
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Tahun 2024

Nurul Naqiyah

Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah selesai dilaksanakan pada 7 Januari 2025. Seramai 4,886 orang MBPK dari 841 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

SASM Tahun 2024 bagi MBPK akan dikeluarkan pada 26 Februari 2025 (Rabu) dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

19 FEBRUARI 2025