Gambar: Deanna's Kitchen, eatwithroy

Penjual Mi Udang Kebingungan, Pelanggan Minta Duit Balik Gara-gara Kulit Udang Tak Dikupas

Aqmal Ezany

Sebuah gerai di Singapura yang menjual mi udang kebingungan apabila seorang pelanggannya meminta untuk wangnya dikembalikan gara-gara udang di dalam pesanannya tidak dikupas.

Menurut satu perkongsian di akaun Facebook restoran itu, syarikat penghantar makanan telah menyatakan bahawa seorang pelanggan gerainya telah meminta supaya duitnya dikembalikan gerai tersebut gagal memenuhi permintaannya iaitu menyediakan udang dengan kulit yang telah dikupas.

Perkongsian tersebut memaparkan emel perincian permintaan bayaran balik dan sebab mengapa gerai tersebut tidak akan memulangkan duit pelanggan berkenaan.

“Gambar yang dipetik jelas menunjukkan bahawa pelanggan ini sudahpun habis makan tiga suku mi itu dan semua kepah dalam hidangan tersebut tetapi disebabkan kulit udangnya tidak dikupas, beliau mahu dipulangkan sepenuhnya harga mi,” tulis gerai tersebut.

Gerai itu juga turut meminta supaya pelanggan menunjukkan rasa belas kasihan kepada mereka dalam musim pandemik ini.

Perkongsian di Facebook itu telah berjaya meraih perhatian warganet. Sehingga kini, ianya telah mendapat hampir 500 perkongsian.

Sumber: Berita mediacorp