AFC Berkait Status Tujuh Pemain
Kredit: Stadium Astro

Penjelasan AFC Berkait Status Tujuh Pemain Warisan Sarung Kembali Jersi Harimau Malaya

Iqbal Yasir

Penjelasan AFC Berkait Status Tujuh Pemain Warisan Sarung Kembali Jersi Harimau Malaya

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tampil memberi penjelasan berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya sama ada boleh kembali semula beraksi di pentas antarabangsa atau pun sebaliknya, lapor Stadium Astro.

Ia selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan penangguhan pelaksanaan atau stay of execution dikemukakan tujuh pemain Malaysian Abroad, yang menyaksikan hukuman penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bolasepak ditangguhkan buat sementara waktu.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu berkenaan.

"Kita baru terima surat daripada FIFA yang tidak mempunyai banyak maklumat.

"Jadi, kita buat masa ini sedang berbincang dengan FIFA untuk mendapat informasi yang lebih terperinci berhubung status pemain itu sama ada boleh bermain atau tidak dengan pasukan kebangsaan.

"Kita masih menunggu maklumat tepat daripada FIFA. Sebagaimana yang kita tahu, FIFA sudah membuat keputusan yang berasingan berhubung status perlawanan persahabatan. Mereka tidak boleh beraksi waktu itu.

"Itulah percanggahan yang perlu kita tunggu. Buat masa ini, kita harus menunggu dan melihat sahaja,

"Yang pasti, mereka boleh bermain dengan kelab," katanya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada semalam memuat naik surat rasmi daripada FIFA yang meminta Ahli Bersekutu mematuhi arahan yang dikeluarkan.