
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Awal Mac 2026
KUALA LUMPUR — Semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM500 yang akan disalurkan pada awal Mac tahun hadapan.
Manakala semua pesara kerajaan pula bakal menerima RM250, bersempena dengan sambutan Adilfitri.
Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurut kenyataan itu, bantuan berkenaan akan disalurkan selepas kenaikan gaji 2026, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia