Gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi terutamanya di dalam kalangan penjawat awam bukan sahaja menjejaskan kredibiliti sesuatu jabatan tetapi boleh membawa imej yang buruk kepada negara.
Mungkin ramai yang masih belum mengetahui, kerajaan berusaha membendung gejala rasuah ini dengan memperkenalkan insentif berupa ganjaran wang ringgit kepada penjawat awam sejak tahun 2011.
Penjawat awam yang melaporkan kes rasuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima ganjaran sama dengan nilai rasuah yang dilaporkan.
Insentif terendah adalah bernilai RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500. Manakala, kes bernilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan walau mencecah jutaan ringgit.
Syaratnya, kes perlu disiasat terlebih dahulu dan tertuduh perlu didakwa serta disabit kesalahan.
Sebagi pemberi maklumat, anada tidak perlu risau kerana anda akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 & Akta Perlindungan Saksi 2009.
Mengikut rekod, setakat 2012 sehingga 2019, sebanyak RM600 ribu telah diagihkan kepada 343 penjawat awam yang tampil memberi maklumat.
Namun, jika anda tahu rasuah yang dilakukan tetapi tidak melaporkan kepada SPRM, anda boelh didenda di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009.
Berdasarkan laporan terkini pada Disember 2020, lima penjawat awam telah didenda kerana gagal melaporkan sosgokan kepada SPRM.

Sumber: BERNAMA TV