Kerajaan Kelantan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang berpakaian ketat. Kenyataan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada ramai pengguna Twitter yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Kerajaan Kelantan telah meminta Kanun Jenayah Syariah Negeri tersebut untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan berikut termasuklah penjawat awam lelaki yang berpakaian ketat.
Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa setiap penjawat awam seharusnya sudah mengetahui berkaitan kod pemakaian yang telah ditetapkan. Oleh itu, semua penjawat awam di Kelantan seharusnya tidak membuat sambil lewa berkaitan kod pemakaian yang telah ditetapkan dengan mematuhi peraturan tersebut.
Kebanyakan pengguna Twitter memberikan pendapat mereka melalui ruangan komen di setiap perkongsian berkaitan isu panas tersebut.
Menurut BFM News, mereka mendapati bahawa lebih 300 orang penduduk di Kelantan berasa ‘tertampar’ dengan kenyataan bahawa mereka perlu hadir ke sesi kaunseling atas kesalahan berpakaian ketat dan tidak senonoh di tempat awam.
Rata-rata daripada mereka merasakan bahawa peraturan tersebut tidak terlalu penting kerana merasakan itu bukan masalah yang besar berbanding masalah-masalah lain seperti ketiadaan air dan perkahwinan bawah umur yang sepatutnya lebih diberikan tumpuan.
Sumber: Twitter