Sesetengah banduan Brazil akan diberi peluang untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara mereka dengan membaca buku.
Kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap satu buku yang habis dibaca dapat mengurangkan tempoh hukuman selama empat hari.
Hanya 12 karya yang meliputi karya sastera, falsafah, sains atau klasik sahaja yang boleh dibaca bagi mengurangkan tempoh tahanan tersebut.
Ini bermakna mereka berhak untuk mengurangkan tempoh hukuman secara maksimumnya sebanyak 48 hari dari hukuman mereka pada setiap tahun.
Banduan hanya diberi masa selama empat minggu untuk menghabiskan setiap bacaan buku dan menulis esai.
Bagi memenuhi syarat untuk mengurangkan tempoh tahanan, mereka mesti menulis dengan ‘menggunakan perenggan yang betul, bebas daripada pembetulan, dan menggunakan margin yang tepat.’
Penulisan oleh setiap penghuni adalah dibawah pengawasan dan mereka mestilah menulis dengan kemas supaya senang dibaca.
Penghuni yang layak untuk menyertai program yang dinamakan” Penebusan melalui Pembacaan” ini akan dibuat oleh Panel khas sahaja.
Menurut Sao Paulo Andre Kehdi yang mengetuai projek sumbangan sumbangan buku untuk penjara ini berkata
“A person can leave prison more enlightened and with a enlarged vision of the world,” kata pengacara Sao Paulo Andre Kehdi, yang mengetuai projek sumbangan buku untuk penjara.
‘Tidak dinafikan mereka akan menjadi orang yang lebih baik selepas ini,’ katanya.
Negara ini mempunyai penghuni penjara yang begitu ramai sehingga mengharapkan inisiatif ini dapat megurangkan jumlah tahanan di penjara.
Sumber: Dailymail