Lebih 1,800 tahanan dilapor melarikan diri daripada sebuah penjara di Nigeria selepas diserang lelaki bersenjata.
Penyerang dilaporkan memasuki perkarangan penjara di bandar tenggara Owerri dengan menggunakan bahan letupan bagi meruntuhkan blok pentadbiran.
BBC News mendedahkan enam banduan dilaporkan menyerah diri kembali manakala hanya 35 tahanan dikataka tidak melarikan diri.
Perkhidmatan Pemulihan Nigeria telah mengesahkan seramai 1844 banduan melarikan diri ke negeri Imo.
Menurut polis, penyeran dikatakan tiba dengan trak sebelum menyerang Pusat Tahanan Owerri pada pagi Isnin lalu.
Jurucakap polis menyatakan penyerang membawa bom tangan roket, mesingan, bahan letupan dan senapang.
Presiden Muhammadu Buhari menyifatkan penyerang sebagai “tindakan pengganas” yang dilakukan oleh “pemberontak”.
Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa untuk menangkap penyerang serta banduan yang melarikan diri.
Sumber: BBC News