Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 6,524 kes telah dicatatkan pada minggu kelima dan 16,959 kes pada minggu keenam tahun ini.
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata berlakunya peningkatan sebanyak 160 peratus kes dalam kalangan kanak-kanak dari minggu kelima hingga keenam tahun ini.
“Daripada minggu kelima hingga minggu keenam tahun ini, peningkatan sebanyak 160 peratus kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak.
“Pada minggu kelima tahun ini, kita ada 6,524 kes COVID-19 kanak-kanak dari usia baru lahir hingga 11 tahun,” katanya.
Daripada jumlah itu, 2,282 adalah usia baru lahir hingga empat tahun dan 4,422 berusia lima hingga 11 tahun.
“Untuk minggu yang keenam pula, ada 16,959 kes dan 10,796 daripadanya adalah berusia lima hingga 11 tahun manakala 6,163 adalah daripada usia baru lahir hingga empat tahun,” katanya dalam sidang media pada petang tadi.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia