
Peniaga Kecil Pun Kena Guna Tong Gas Purple, Tapi Boleh Elak Guna Cara Ni Perdebatan pasal tong gas purple ni masih lagi hangat dalam kalangan peniaga. Ketika perkara ini diumumkan kerajaan pada 1 Mei 2025, pelbagai reaksi diterima antaranya ada yang faham situasi yang berlaku, ada yang tak faham dan tak kurang juga ada peniaga yang marah. Antara isu yang menjadi bualan, kos operasi akan meningkat dan harga jualan perlu dinaikkan bagi menampung kos tersebut. Harga satu tong gas purple ditetapkan pada RM70 dan ia jauh berbeza dengan tong gas subsidi iaitu RM26.60 untuk 14kg. Pada 4 Jun 2025, kerajaan melalui Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh mengeluarkan garis panduan untuk peniaga kecil masih kekal gunakan tong gas bersubsidi. Kalau ikut garis panduan itu, peniaga kecil masih dibenarkan guna tong gas subsidi tapi mesti memiliki kurang dari 42kg atau tiga tong gas 14kg. Jika lebih dari itu, peniaga kecil wajib menggunakan tong gas purple 14kg yang berharga RM70 tadi. Tong gas purple ni hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel, dobi dan sebagainya. Contoh situasi, Mak Limah jual goreng pisang. Jika Mak Cik Limah hanya guna tiga tong gas 14kg, Mak Cik Limah masih layak gunakan tong gas bersubsidi. Jika Mak Cik Limah nak tambah satu lagi tong gas, beliau dah kena gunakan tong gas purple. Jadi, peniaga kecil yang menggunakan tong gas kurang dari 42kg tu tak perlu risau. Anda masih boleh menggunakan tong gas bersubsidi dan tak perlu bertukar ke tong gas purple. Sekarang peniaga kecil yang tidak perlu bertukar ke tong gas purple juga tak perlu ada permit LPG seperti sebelum ini. Hanya yang guna tong gas purple je perlu ada permit LPG. Kesimpulannya, mungkin tujuan pelaksanaan ini jelas untuk mengelakkan penyalahgunaan tong gas subsidi yang sepatutnya digunakan untuk rumah tangga saja. Tapi, jadi kekeliruan peniaga kerana sebelum ini garis panduannya tak jelas. Bila Timbalan Menteri dah jelaskan ramai rasanya dah mula faham tentang cara pelaksanaannya. |