Mungkin ada yang menyangka bahawa berniaga di tepi jalan tidak memerlukan usaha yang lebih untuk mempromosikan jualan kerana kebiasaannya peniaga akan memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai dan barang jualan akan tetap habis dijual.
Bagaimanapun, ketahuilah bahawa ia tidak semudah seperti yang dilihat. Peniaga perlu mempunyai strategi yang tertentu untuk menarik perhatian pelanggan terutama apabila menjual makanan atau minuman.
Manakan tidak, makanan atau minuman yang dijual perlulah mempunyai first impression yang baik kepada pelanggan. Walaupun mungkin ia tidaklah menepati citarasa pelanggan, namun ‘persembahan’ dan ‘rupa’ makanan yang dijual boleh memikat dan menarik perhatian pelanggan untuk membelinya.
Baru-baru ini, pengguna Facebook, Adib Afifi, ada berkongsikan mengenai perkara tersebut dari sudut pandang pengalamannya sendiri semasa membeli air di tepi jalan.
Menerusi perkongsiannya, dia memuji peniaga air itu yang bijak dalam mempromosikan minuman yang dijual dan berjaya menarik perhatian pelanggan sepertinya untuk membeli air di situ.
Nak tahu kisahnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Peniaga Air Paling Bijak Aku Jumpa Setakat Ni
Aku bawak kereta
Aku nampak balang air penuh & meriah mcm ni..
Tiba-tiba tekak rasa haus
Bila aku beli air, aku terkejut!
Rupa-rupanya
Balang air dia tu nampak je lebar bila tengok drpd depan, tapi bila tengok belakang kecik je rupanya.
Patutlah air senang penuh.
Tapi yg paling KURANG AJORR bukan saiz balang dia tu yg kecil.
Tapi rupanya
Air balang dia sebenarnya tak penuh pun,
Dia letak sticker je dekat depan balang tu nak kasi nampak penuh.
Gambar Via Adib AfifiMaksudnya the whole balang air tu dia Wrap dgn sticker gambar air penuh mcm dlm gambar ni.
Maka aku pun dua kali kena TIPU.
HAHAHA
Memang bijak, pakai balang lebar tapi kurus, dan letak sticker terus cover satu balang so nampak air sentiasa penuh.
Inilah kedai air dgn Click Through Rate (CTR) yg paling tinggi.
10 kereta lalu, 1 kereta akan stop sebab saiko dgn Creative Ads (gambar balang) yg nampak menarik.
Dan alhamdulillah.. Mmg air dia sedap pun.
So ni masuk kali kedua aku beli. Jadi kedai ni bukan je CTR bagus, AOV not bad dlm RM 5 harga satu cawan, tapi LTV pun bagus sebab sedap & org repeat order.
Overall ini good benchmark kalau nak bukak kedai tepi jalan.
Sekian sahaja case study kedai air balang.
Sumber: Adib Afifi