Gambar: Bernama

Pengurusan Masjid, Surau Di Terengganu Digalak Ambil Inisiatif Sendiri Cegah Covid-19

Aqmal Ezany

KUALA TERENGGANU, 15 Mac (Bernama) — Semua pengurusan masjid dan surau di Terengganu digalakkan mengambil inisiatif sendiri dalam melakukan proses pembersihan dan nyah kuman bagi mengekang penularan virus COVID-19.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata walaupun Terengganu masih belum merekodkan sebarang kes positif COVID-19, langkah pencegahan adalah sangat penting dilakukan.

“Selain itu, pengurusan masjid dan surau juga diharap lebih peka dengan jemaah yang hadir untuk menasihatkan mereka yang tidak sihat agar segera membuat pemeriksaan kesihatan.

Buat masa ini, JHEAT belum mengeluarkan arahan untuk melaksanakan kerja pembersihan dan nyah kuman, ia akan dilakukan atas inisiatif pengurusan masjid sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber: BERNAMA