Pengurusan Krisis Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Air Selangor Menang Perak di Hashtag Asia Awards 2024
Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) diumumkan sebagai pemenang PERAK bagi kategori Pengurusan Krisis Media Sosial Terbaik di Hashtag Asia Awards 2024 edisi ke-3 yang diadakan pada 3 Mei lalu di Singapura.
Ir. Abas Abdullah, Pemangku Ketua Eksekutif Air Selangor berkata, “Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij Hashtag Asia Award ini. Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, kami memahami bahawa air bukan sahaja penting untuk keperluan seharian malah ia merupakan intipati bagi sesebuah kehidupan.
Strategi pengurusan krisis ERP Air Selangor telah berkesan membuktikan keupayaan kami dalam menyampaikan maklumat penting secara tepat dan telus, serta mengemaskini maklumat terkini melalui platform media sosial kami, memastikan para pengguna kami sentiasa kekal maklum.

“Kami terus teguh dalam komitmen kami untuk menyediakan air terawat yang bersih dan selamat kepada 9.3 juta pengguna di Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur dalam melestarikan kehidupan dan kesihatan untuk semua,” tambah Ir. Abas.
Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor berkata, “Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami dalam memanfaatkan platform digital untuk meningkatkan strategi tindak balas dan komunikasi krisis kami. Pasukan kami bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan sebaran maklumat yang tepat pada masanya semasa krisis, dan anugerah ini telah membuktikan dedikasi dan kepakaran mereka.”
Kategori Pengurusan Krisis Media Sosial Terbaik Hashtag Asia Award mengiktiraf organisasi yang telah menunjukkan prestasi yang luar biasa dalam mengurus dan meminimumkan krisis melalui saluran media sosial.

Strategi pengurusan krisis ERP Air Selangor telah menonjolkan kecemerlangan dalam kalangan pesaingnya atas keberkesanan, inovasi, dan impaknya dalam melindungi kesejahteraan pengguna selain mengekalkan kepercayaan dan ketelusan semasa kecemasan.
Hashtag Asia Award 2024 telah diadili oleh 36 profesional pemasaran kanan dan mendapat penyertaan daripada jenama-jenama terkemuka di seluruh Asia. Di anugerah yang sama, Air Selangor juga disenaraikan sebagai salah satu finalis dalam kategori Kempen Penglibatan Sosial Berintegrasi Terbaik, bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa terkemuka seperti AIA, Changi Airports Group, Geneco, Grab Filipina, Singtel, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram, atau menghubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300.