Pengurus pasukan gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mikel Arteta telah disahkan positif dijangkiti koronavirus, tulis satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kelab Arsenal.
Kesemua skuad kesebelasan utama Arsenal dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan kontak rapat dengan Arteta telah diperintahkan untuk mengkuarantinkan diri mereka.
Berikutan dengan itu, perlawanan di antara Arsenal dan Brighton yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini telah ditangguhkan.
Kakitangan Arsenal yang mempunyai kontak rapat dengan Mikel Arteta kini diarahkan mengkuarantinkan diri mereka sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada pagi Jumaat mengenai perlawanan akan datang.
Arsenal menyatakan bahawa mereka kini sedang berusaha bagi mengesan orang lain yang pernah mempunyai kontak rapat dengan Arteta.
Sumber: Arsenal