Pengunjung Sarkas Cemas Lari Bertempiaran, Dua Ekor Singa Terlepas Dari Kandang
Pengunjung sarkas di Wilayah Henan, China cemas selepas dua ekor singa terlepas dari kandang pertunjukan.
Memetik Wion News, dua singa itu dilaporkan merupakan sebahagian daripada sarkas di Luoyang, China.
Haiwan itu dilaporkan berjaya keluar dari kandang pertunjukan melalui pintu yang tidak berkunci.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan tindakan pantas pemilik singa tersebut yang berjaya memerangkapnya kembali ke dalam sangkar.
Bagaimanapun, pertunjukan sarkas itu telah diarahkan untuk menangguhkan operasi pertunjukan mereka.
Kredit TwitterMenurut Global Times, seorang saksi mendakwa bahawa pintu kandang di mana pertunjukan itu dilakukan tidak ditutup dengan selamat. Kecuaian itu telah menyebabkan haiwan pemangsa itu melarikan diri daripada kandang tersebut.
Kredit TwitterKejadian berlaku sewaktu salah sekor daripada singa itu berlari keluar dari kandang dengan pantas kemudian dilihat berkeliaran di luar sarkas.
Kehadiran haiwan itu telah mencetuskan panik di kalangan penonton yang kemudiannya bertindak melarikan diri mencari pintu keluar.
Kredit TwitterMenurut laporan akhabar tempatan, polis berkata bahawa haiwan itu telah berjaya ditangkap semula oleh pemiliknya.
Video mengenai dua ekor singa yang terlepas itu kemudiannya telah tular di laman sosial China.
Kerajaan tempatan pada hari Sabtu mengeluarkan kenyataan di akaun Weibo rasminya yang mengatakan bahawa sarkas telah diarahkan untuk menggantug operasinya.
Ia juga mengatakan bahawa siasatan dan kerja pelupusan yang berkaitan dengan pertunjukan itu sedang dijalankan.
BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%
Terdahulu, sebuah kereta rosak akibat dilanggar salah seekor singa yang sedang bergaduh dalam kejadian di Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan, Jawa Timur, lapor Kompas.
Menerusi video tular pada Sabtu, kelihatan kedua-dua singa tersebut pada awalnya saling kejar-mengejar antara satu sama lain sehingga menuju ke arah jalan raya.
Bagaimanapun keadaan mula menjadi cemas apabila kedua-duanya di atas jalan raya sehingga merempuh sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah tidak jauh dari situ.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan, Febrian Peraman memuat naik sekeping gambar di Twitter memaparkan cermin belakang kiri keretanya pecah akibat rempuhan singa berkenaan.
Sumber: Wion News