Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermacam aktiviti harian yang kita boleh lakukan bersama di rumah atau dimana jua kita berada sepanjang kita diarahkan untuk berada di dalam rumah.
Apa yang tersentuh, apabila melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh laman Twitter Penjara Malaysia adalah aktiviti mengaji Al-Quran oleh para penghuni untuk mengisi masa lapang mereka.
Aktiviti penghuni membaca Al-Quran sepanjang tempoh PKP. Masa yang terluang diisi dengan aktiviti bermanfaat dengan membaca Al-Quran, muhasabah diri & bermunajat kepada Yang Maha Esa.



Semoga kita yang berada di rumah bersama keluarga juga boleh manfaatkan membaca Al-Quran bersama-sama. Bagi penganut agama lain, anda juga boleh melakukan aktiviti yang berfaedah dan mungkin masa ini untuk kita muhasabah diri bersama keluarga tercinta.
Sumber: Penjara Malaysia