Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan bahawa penggunaan gelang berwarna tidak membawa sebarang maksud bagi tahap penyakit COVID-19.
Pemakaian gelang pengawasan dan pemantauan di rumah (HSO) ini telah disalahertikan sehingga ada yang membuat dakwaan palsu mengenainya.
Ada pihak yang mendakwa pemakai gelang HSO berpotensi menularkan jangkitan Covid-19, malah warna gelang tersebut menandakan tahap penyakit. Ianya susulan tular poster palsu seperti yang dikongsikan oleh KKM di halaman Twitter.
Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia