
Facebook telah membuat pengumuman di mana tidak akan menyiarkan serta membenarkan pengguna Facebook di Australia untuk melihat kandungan berita daripada laman Facebook.
Keputusan Facebook melarang berita Australia dari perkhidmatannya bertentangan dengan Google yang menandatangani perjanjian dengan News Corp tentant undang-undang baru.
Syarikat teknologi gergasi itu telah mengumumkan pada Khamis lalu bahawa ia telah melarang seramai 13 juta pengguna Australia setiap bulan dari membaca atau berkongsi berita tempatan mahupun antarabangsa di medium tersebut.

Pengguna yang membuka lampiran tersebut hanya akan terlihat perkataan “Belum tiada catatan.”
Perkara ini akan menyukarkan penduduk di Australia untuk mengikut perkembangan semasa yang dimuatnaik di Facebook.
Sumber: Dailymail