Gambar : Bernama

Pengguna Diingatkan Jangan Klik Pautan Pada Emel Guna Logo #PosMalaysia Yang Mengelirukan

Fathin Nadzira

Isu penipuan atau scam semakin tular dari hari demi hari. Banyak penipuan yang telah dilakukan sehinggakan habis lesap semua harta yang dikumpulkan untuk kegunaan hari tua nanti.

Terbaru, satu lagi penipuan telah dikesan oleh pijak Pos Laju Malaysia melalui emel yang menggunakan logo pos laju bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Menerusi akaun Facebook Pos Malaysia Berhad pada 23 Oktober semalam, satu posting telah dikeluarkan untuk dedahkan kepada orang ramai agar berhati-hati jika mendapat emel yang mengandungi pautan ke laman web palsu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak klik pada pautan tersebut atau tidak mendedahkan maklumat kredit kad.

Gambar : Facebook via Pos Malaysia Berhad
Gambar : Facebook via Pos Malaysia Berhad

Sumber : Pos Malaysia Berhad